5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

5 Mar 2023 | Peluang

Beberapa hari lepas saya dapat akses satu panduan Tiktok yang diberi nama Case Study 7 Angka Tiktok Shop. Ownernya (Tuan Afiq) claimed dia berjaya buat sale RM1.2juta dalam masa 6 bulan tanpa guna iklan berbayar.

Sounds good right? So saya pun teruja la nak tahu macam mana dia buat? Apa benda yang dia jual? Banyak ke dia untung?

Ilmu macam ni kalau kita dapat, insyaAllah banyak benda kita boleh buat. Antaranya termasuklah 5 cara buat duit di Tiktok yang akan saya sharekan dalam post ni nanti.

Lepas study panduan tersebut, barulah saya faham bahawa key sebenar adalah FYP dan LIVE. Kalau kita kuasai dua benda tu, insyaAllah takde masalah nak buat sale 4-5 angka sehari!

Untuk yang masih tak tahu, FYP (For You Page) adalah video yang dipaparkan kepada pengguna Tiktok secara automatik berdasarkan kepada algorithm tertentu, tak kira sama ada mereka adalah follower ataupun bukan.

Melalui FYP, kita boleh dapat ribuan trafik dan follower dalam masa yang singkat. Mereka ni lah yang akan jadi buyer kita nanti!

Tapi bukan mudah nak dapat FYP. Ada trick dan caranya. Itu lah yang dibongkarkan dalam panduan Tiktok tersebut.

– Content video jenis macam mana?
– Duration video berapa lama?
– Berapa kali nak post sehari?
– Bila masa yang sesuai nak up post?

dan banyak lagi trick lain yang turut dikongsikan sekali.

Untuk LIVE pula, ia lebih kurang macam Go Shop. Kita kena live di Tiktok untuk buat jualan pantas.

Bila kita LIVE, followers yang kita dapat dari FYP tadi akan dapat notification.

Dalam LIVE pula, biasanya kita akan main harga / free gift dan sebagainya untuk mewujudkan “sense of urgency”. So ramai la followers akan berebut komen untuk tanya soalan dan buat pembelian.

Komen-komen ni lah yang akan “bantu” LIVE menjadi lebih viral. Dari situ, beribu trafik baru akan masuk dan seterusnya turut buat pembelian.

Sebab itu mereka boleh buat sale beribu unit untuk sekali LIVE. Dah macam “happy hour” dekat Jakel pun ada!

But itu cuma flow secara surface saje. Of course ada strategi tertentu untuk buat LIVE yang berkesan.

– Apa persiapan yang kena buat sebelum LIVE?
– Bila nak kena LIVE?
– Berapa lama nak kena LIVE?
– Apa yang kena ada waktu LIVE?

dan banyak lagi. Semua tu ada diterangkan secara detail oleh Tuan Afiq.

Kepada yang serius nak buat duit di Tiktok, saya memang recommend anda dapatkan panduan tersebut sebab FYP dan LIVE memang sangat penting dalam Tiktok.

* Harga akan naik dari masa ke semasa
* Jualan akan ditutup pada 10/3/2023

5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

Bila dah ada ilmu (especially ilmu FYP), insyaAllah senang untuk kita buat duit. Ada banyak peluang buat duit di Tiktok sebenarnya.

Tapi saya cuma nak fokus pada cara buat duit yang mudah, low risk dan zero cost saje.

Kalau anda nak follow Tuan Afiq (jual produk sendiri), pun ok juga. Cuma kerjanya mungkin agak renyah sebab kita bermain dengan kos produk, manage order, pengurusan staf dan sebagainya. Tak cukup dengan hanya master ilmu FYP dan LIVE semata-mata!

So better anda buat yang mudah-mudah je kalau tak sanggup. Lagipun anda mungkin student, mungkin surirumah atau mungkin dah ada kerja hakiki. Mana ada masa nak hadap semua tu kan…😅

1) Affiliate Tiktok

Dekat Tiktok, kita boleh jadi affiliate (agen online) kepada seller-seller yang listing produk mereka di Tiktok shop.

Ramai seller offer komisen sekitar 10%-20% daripada harga jualan.

Tugas affiliate cuma promote (buat video FYP) je. Then bila ada orang buat pembelian, affiliate akan dapat komisen yang dibayar menerusi Tiktok sekitar 1-2 minggu selepas order completed. Kita tak terlibat langsung dengan pengurusan order.

2) Servis Review Produk

Bila dah ada ramai followers, anda boleh buka servis review produk (buat video FYP)
Biasanya seller akan cari Tiktokers yang ada puluh ribu follower untuk review produk mereka.

Selain dapat bayaran (ikut persetujuan), anda juga akan dapat sampel secara percuma.
Kalau mereka jual tudung, anda akan dapat tudung percuma. Kalau mereka jual baju raya, anda akan dapat baju raya percuma. Best kan…😊

Kalau berkenan di hati, anda boleh terus pakai. Kalau tak, boleh jual sebagai preloved item. Dapat duit lagi. Kiri kanan boleh makan! 🤗

3) JV / Ambassador

Kalau anda anda ratus ribu atau juta follower, anda juga boleh demand lebih sikit.
Open JV (joint venture) dengan seller yang bersesuaian dengan content anda atau anda jadi Ambassador produk mereka.

Tugas anda cuma selit tentang produk mereka dalam setiap FYP anda. Then charge komisen per sale (untuk JV) atau letak gaji bulanan / tahunan (untuk Ambassador).

Of course komisen / gaji mesti demand lebih besar berbanding buat Affiliate / Review…🤗

4) Online Partner

Kalau anda jenis ligat, anda boleh jadi online partner kepada seller-seller offline yang anda kenal atau berada di sekitar anda.

Sekarang ni ramai seller offline tengah bergelut untuk survive. Buka booth kos RM1k-RM2k sebulan. Tapi berapa ketul je orang singgah beli dalam sehari.

Sedangkan kalau buat LIVE di Tiktok, setakat nak laku ratus/ribu unit sehari tu insyaAllah senang je kalau kena caranya.

Malangnya, mereka tak tahu semua tu. Zero ilmu Tiktok!

So anda yang dah ada ilmu tu, boleh la ambil peluang deal dengan mereka ikut percent yang dipersetujui bersama. Bila dapat order, mereka uruskan semuanya. Anda pula hanya fokus pada kerja online (FYI dan LIVE) saje.

5) Content Sponsored

Bila video-video kita ramai orang tonton, tepek la produk apa pun (even tak berkaitan) insyaAllah still boleh dapat buyer.

Paling kurang pun, mereka akan “aware” tentang benda yang kita tepek tu.

Dekat sini seller nampak peluang untuk buat “brand awareness”. So mereka sanggup bayar anda tak kira la apa pun video yang anda buat. Yang penting, ada tepek brand/logo/produk mereka sikit dekat dalam video.

Contoh anda buat video main dengan kucing. Tapi dekat dalam video tu ada logo brand tudung XX.

Konsep ni sama la macam billboard / banner ads dan sebagainya. Fokus mereka bukan untuk menjual, tapi just nak kasi orang sedar kewujudan brand mereka je.

So cantik la kan. Kita boleh buat sebarang video yang kita suka. Pada masa yang sama ada orang bayar untuk kita sebab buat video tu…🤗

Apa-apa pun, berbalik kepada ilmu juga. Bila ada ilmu, insyaAllah senang kita nak buat duit.

Kadang tu, peluang datang sendiri tanpa kita rancang or terpikir. Kita mungkin buat FYP sekadar suka-suka je (contoh buat tutorial shawl). Tetiba ada brand-brand besar buka offer lepas nampak potensi yang ada pada kita.

Sebab itu penting untuk kita dapatkan ilmu dulu sebelum buat sebarang bisnes…🤗

Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

Cara Atasi Masalah WordPress Tak Hantar Email

Cara Atasi Masalah WordPress Tak Hantar Email

Jual Barang Runcit Ke Luar Negara Jana 5-6 Angka Sebulan!