Beberapa tahun kebelakangan ni, ekonomi negara nampaknya tak berapa baik. Ramai yang kena buang kerja dan menganggur sampai dah buntu tak tahu macam mana nak cari duit.
Saya faham macam mana rasanya “buntu takde duit” sebab saya sendiri pernah alaminya dulu. So dalam post kali ni saya nak share sikit apa yang anda boleh buat untuk dapatkan duit dengan cepat dan konsisten.
Of course benda ni bukan pinjam Ah Long, adik beradik or kawan-kawan. Tapi buat bisnes online yang tak perlukan modal dan boleh start dengan secepat mungkin walaupun sebelum ni tak pernah terjebak dengan bisnes.
By the way, kalau anda tak terdesak (mungkin ada banyak saving or dapat pampasan VSS), saya lebih galakkan anda buat bisnes lain yang lebih mudah dan stable (tapi perlukan sedikit masa untuk membuahkan hasil) sebagai “ganti” kepada gaji anda sebelum ni. Anda boleh baca detail dekat sini.
Ok, tak nak buang masa. Jom kita tengok macam mana cara nak buat duit dengan pantas waktu tengah terdesak!
First sekali anda boleh buka apps atau website shopee. Rasanya semua orang dah tahu pasal Shopee kot. Tapi kalau ni kali pertama dengar, anda bolehlah google sikit Shopee ni ape dia.
Tujuan kita buka Shopee ni adalah untuk cari barang-barang yang mempunyai kriteria seperti berikut :
Ramai orang perlukan (produk keperluan) atau ramai orang teruja nak beli walaupun sebenarnya takde pun takpe (produk kehendak).
Produk tu mestilah rare (jarang / tak pernah jumpa)
Produk tu mestilah belum ramai orang jual dekat Shopee.
Kalau dapat kaitkan dengan trend / event tertentu, itu lagi bagus. Contohnya, time nak raya cari produk yang boleh kaitkan dengan raya.
Step pertama ni paling penting sebab kalau produk tu tak cukup kriteria yang diperlukan, mungkin agak susah kita nak viralkan apetah lagi nak terjual dalam masa yang singkat.
Langkah 2 : Survey Seller
Bila dah tau nak jual produk apa, anda bolehlah survey Seller yang sesuai untuk berurusan nanti. Seller tu mestilah ;
Jual harga murah supaya anda ada ruang untuk mark up dan buat untung.
Respon pantas dan good review.
Dua kriteria tu sangat penting sebab mereka akan jadi supplier anda. So kalau mereka tak perform, anda juga akan terima tempias bila dah start menjual nanti.
Seeloknya cari beberapa orang supplier supaya takde isu stok. So incase stok habis, anda boleh beli dari supplier lain nanti.
Once dah jumpa supplier yang sesuai, anda jangan lupa mintak kebenaran. Benda ni penting sebab kita tak nak ada sebarang isu di kemudian hari.
Hi boss. I tengok produk u ni ada potential. Boleh tak kalau i nak promote?. Nanti dapat order, u pos terus pada buyer i. Tak perlu attach resit.
Lebih kurang macam tu lah. Then tengok macam mana mereka respon. Ok tak, laju ke tak, ada syarat ape-ape tak dan sebaginya.
Kalau semuanya ok, barulah anda move ke next step.
Untuk tetapkan harga, kita kena tengok keadaan. Kalau produk tu harga beratus ringgit, anda bolehlah mark up puluh ke ratus ringgit juga.
Tapi kalau produk tu harga bawah RM50, anda tak boleh la nak up banyak sangat. Mungkin dalam belas-belas ringgit atau lebih sikit.
Nak untung lebih, anda boleh bundlekan beberapa unit macam yang saya terangkan dalam tips cara buat prospek beli 2-3 unit tanpa perlu bagi freegift.
Yang penting jangan ambil untung terlalu sikit (contoh RM5) sebab kita tak nak buang masa buat kerja yang sama banyak, tapi untung berbeza. Better fokus pada produk yang boleh untung banyak terus.
Unless produk tu conversion ratenya tinggi macam “makanan rare”. 10 orang tengok, 3-5 orang nak beli. So yang itu boleh lah ambil untung sikit sebab kita main volume.
Langkah 4 : Copywriting
Next step adalah anda kena buat ayat promosi untuk promote dekat Facebook. Untuk buat ayat promosi, anda mestilah study sikit pasal produk.
Tengok apa masalah yang biasa prospek hadapi dan macam mana produk yang anda nak jual tu boleh solve masalah mereka. Selain tu pikirkan juga apa Unique Selling Point (USP) produk tersebut.
Dekat bawah ni saya attach beberapa contoh yang mungkin anda boleh jadikan rujukan. Jangan tiru produk tu bulat-bulat sebab ia dah outdated!
Make sure anda follow semua format copywriting tu sebab setiap bahagian ada tujuan dia. Bukan saje-saje je!
– Headline (USP / Masalah Utama)
– Senarai masalah yang biasa dihadapi
– Penyelesaian kepada masalah tersebut
– Call to action suruh komen “PM / Nak”
– Nota untuk suruh share post / etc
– Ada gambar utama atau video cara berfungsi
– Ada gambar-gambar sampingan yang menunjukkan jenis, ciri-ciri, testimoni dan sebaginya.
Selain ayat post, anda juga boleh sediakan ayat untuk reply bila orang tanya or berminat nak buat pembelian. So nanti tinggal copy paste je. Semuanya prepare siap-siap dulu.
Bila ayat copywriting, gambar / video semua dah siap, anda bolehlah buat Fanpage (recommended). Tapi kalau tak pandai buat fanpage, post kat group saje nanti pun boleh. Cuma ada limitation bila nak reply nanti.
Sebaiknya guna Fanpage. Anda boleh google or tengok kat Youtube kalau tak tahu nak buat. Benda tu sejang je!. Once dah ada fanpage, anda bolehlah create post dan publish.
Langkah seterusnya adalah anda kena share post yang dah dibuat dekat fanpage tadi ke group-group yang relevan. Tujuan kita buat macam tu adalah sebab nak tarik trafik (prospek) ke post kita.
Dekat sini ada beberapa tips penting yang korang kena follow untuk pastikan takde sebarang isu yang tak diingini berlaku :
1) Make sure anda share dekat group yang berkenaan atau group utama daerah yang benarkan share post sahaja.
Sebagai contoh, kalau produk tu produk untuk ibu mengandung, anda boleh share dekat group ibu mengandung.
Selain tu, anda jugak boleh share dekat group utama setiap daerah macam group Seremban, Muar, Kuala Terengganu dan sebagainya.
Kedua-dua jenis group tersebut biasanya aktif. So possibility untuk prospek nampak post anda agak tinggi.
2) Pastikan anda share post ke group tak lebih 10 group sehari untuk elakkan anda di block oleh Facebook.
Itupun tak boleh share serentak. Anda kena share ikut sela masa tertentu. Contohnya pukul 8-9 pagi share dekat 2 group. Pukul 12-2 ptg share dekat 2 group lagi dan seterusnya petang dan malam.
3) Pastikan anda juga tak reply komen kat group sekaligus untuk elak di block oleh Facebook. Sebaiknya reply dalam 10 komen, then tunggu setengah jam dulu sebelum reply komen seterusnya. Dengan cara tu, post anda jugak akan selalu berada di atas.
Bila ada prospek yang berminat nak beli, make sure anda dapatkan payment dulu. Jangan sesekali gunakan duit sendiri untuk beli produk. Sebaiknya guna duit prospek supaya anda tak perlu keluarkan sebarang modal.
Untuk pembelian dari supplier (dekat Shopee), pastikan anda masukkan maklumat buyer supaya supplier boleh terus pos pada buyer. Anda cuma perlu beri tracking number saje pada buyer nanti. Tracking number ada dalam sistem Shopee.
So macam tu lah caranya macam mana anda boleh dapatkan duit dengan cepat tanpa perlu meminjam atau keluarkan sebarang kos tambahan.
Actually benda ni bukan teori semata-mata, tapi saya sendiri buat beberapa tahun lepas waktu tengah terdesak akibat bisnes kena sabotaj.
Alhamdulillah, dalam masa yang singkat saya dapat kumpul modal semula untuk mulakan bisnes baru…😊
Bukan tu je, malahan saya juga ada buat panduan lengkap macam mana cara nak buat semua yang saya ajar kat atas. Ramai client saya berjaya buat juga. By the way, jualan panduan tu saya terpaksa tutup untuk elakkan persaingan ketat di samping beberapa faktor lain.