Kenapa Rezeki Belum Mencurah-Curah?

21 Feb 2017 | Tazkirah

Ya Allah, usaha dah banyak. Kerja 20 jam sehari. Ayat seribu dinar dah hafal dan hari-hari baca. Tapi bisnes masih slow + masalah makin banyak! Ape cer???  😭

Kawan, baca ayat seribu dinar hari-hari tu memang dah bagus. Tapi itu hanya “kuncinya”. Isinya ada di dalam!

“Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah SWT, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah SWT melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah SWT telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

So, “isi” nya bukan sekadar hafal ayat seribu dinar semata-mata untuk murah rezeki. Tapi kena TAQWA dan TAWAKKAL!

Errr…apa dia amalan orang yang bertaqwa?

Jawapannya ada dalam Surah Al Baqarah ayat 2-3…

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah SWT dan tentang sempurnyanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

Jadi antara amalan orang yang bertaqwa adalah mendirikan solat + bersedekah… 😊

Persoalannya kawan, kita solat fardu cukup tak 5 waktu? Solat sendiri ke solat berjemaah? On time ke atau dah masuk waktu cedera? Solat sunat buat ke idok? Waktu solat ingat Allah SWT ke ingat DUIT???  😭

Dari sudut sedekah pulak macam mana? Berapa percent dari income kita guna untuk sedekah? Ke masuk RM1 setiap minggu waktu jumaat je? Atau tak sedekah langsung?  😭

Kebanyakkan daripada sahabat-sahabat nabi yang dijamin syurga adalah usahawan. Kekayaan mereka luar biasa. Mungkin kalau dibandingkan dengan hari ni dari sudut nilai matawang dan nilai sosial, jumlahnya berbilion-billion. Begitu jugak dengan tabi’in dan tokoh-tokoh agamawan dulu. Ramai daripada kalangan mereka adalah usahawan yang kaya raya.!

Adakah sebab mereka semua POWER FB Ads atau teknik close sale? Adakah sebab mereka semua guna Email Marketing atau WhatsApp sampai rezeki masuk mencurah-curah?

Cuba baca sejarah mereka. Tengok macam mana solat mereka. Macam mana sedekah mereka. Tak terlawan kawan. Hari-hari penuh dengan solat sunat dan sedekah. Yang fardu/wajib jangan cakap. Kalau mereka buat amal, semuanya niat kerana Allah SWT semata-mata. Bukan sebab nak dapat dunia!

Mereka ni buat bisnes bukan setakat mampu jual barang je. Bahkan siap mampu “tarik” orang masuk Islam lagi dengan izin Allah SWT.

Kita pulak kerja bagai nak rak setiap hari. Tangan sentiasa pegang smartphone untuk close sale pantas. Seminar semua attend. Ebook cukup semua jilid. Tapi nak maintain 1 sale setiap hari pun masih sakit. Ape cer???  😅

Sebenarnya bila kita kejar akhirat, dunia akan datang kepada kita. So bila guna teknik promosi percuma sajepun kadang-kadang bersusun pelanggan nak beli. Tak perlu run Fb Ads segala bagai. Kita pun jadi hairan. Tapi itulah sebenarnya rezeki dari Allah SWT yang tak disangka-sangka!

Marilah sama-sama kita muhasabah diri. Cukup-cukuplah salahkan orang lain. Bukan mereka yang tentukan rezeki kita. Bisnes sekarang bukan sekadar penting untuk diri dan keluarga sendiri. Bahkan sangat-sangat penting untuk ummah yang kian jauh ketinggalan hingga dipijak-pijak oleh orang lain!

Jangan lupa bertawakkal sebab kita hanya berusaha, tapi Allah SWT yang tentukan hasil. Hasil daripada Allah SWT pasti yang terbaik! Dan hanya DIA sahaja yang tahu bila waktu yang paling sesuai untuk kita mendapat rezeki.

Wassalam… 😊👌

5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

Jual Barang Runcit Ke Luar Negara Jana 5-6 Angka Sebulan!