Contoh Ayat Promosi Storytelling

25 Sep 2018 | Tips Bisnes

Saya tau ramai yang masih blur-blur apa itu storytelling yang sebenar. So dalam post ni saya nak bagi sikit contoh ayat promosi berbentuk storytelling supaya anda dapat bezakan.

Sebelum tu just nak bagi anda clear dulu. Storytelling ni sebenarnya bukan create / karang cerita rekaan yea. Tapi kita ceritakan pengalaman / cerita yang sebenar dalam bahasa yang santai.

Dulu ramai blogger-blogger buat post pasal pengalaman mereka buat itu ini, beli itu ini sampai ramai yang percaya dan terikut-ikut. Sekarang ni, banyak post-post yang cerita “real story” jadi viral sampai dapat banyak komen dan share. Itulah penangan “storytelling” kalau ia dibuat dengan betul!

Ini Bukan Storytelling!

Ok, kat bawah ni saya bagi contoh post yang “disangka” storytelling, tapi sebenarnya bukan. Ramai yang buat silap macam ni!

Mak Jemah sekarang dah berumur 50 tahun. Bila dah masuk 50-an ni, biasa lah. Kulit pun dah berkedut. Tak gebus gabas macam muda-muda dulu. Pak Leman, suami Mak Jemah pulak dah mula asyik perli-perli je. Kadang-kadang terguris jugak hati Mak Jemah!

Sampailah satu hari Mak Jemah ternampak iklan orang jual XX. Makan-makan terus awet muda! Mak Jemah memang susah nak percaya benda-benda macam ni. Tapi sebab geram dengan Pak Leman, Mak Jemah cuba jugak!

Sungguh tak disangka. Seminggu je makan terus nampak perubahan. Pak Leman dulu pandang sebelah mata, sekarang dah asyik nak berkepit je macam waktu muda-muda dulu!

Bukan tu je, jiran-jiran pun puji Mak Jemah nampak mcm baru 30-an. Mak Jemah senyum je dengar dieorg puji.

Haa…Korang yang nak jadi macam Mak Jemah jangan tunggu lagi. Wasap JEMAHLENTIK ke 0111111111 sekarang!

Biasa kan nampak post iklan macam tu. Ramai sangat yang buat walaupun otai or strong founder! Silap hari bulan, siap boleh buat coaching Storytelling lagi.

Padahal kalau kita baca dengan tenang, sekali imbas dah boleh tau itu cerita rekaan. Tapi ramai jugak “mangsa” yang terpedaya.

Abis tu, macam mana storytelling yang betul?

Ini Baru Storytelling!

Ok jom tengok contoh ayat promosi storytelling kat bawah :

Hari ni saya ingat nak share sikit lah kat korang macam mana saya dapat beli rumah pertama tanpa deposit. Actually sebelum ni saya dan husband dah menyewa dekat 10 tahun. Sebulan bayar sewa RM800. So 10 tahun dah habis dekat RM96k jugak!

Niat kat hati tu memang lah nak beli rumah. Bulan-bulan memang kitaorg kumpul deposit. Tapi bila dah ada anak, duit yg dikumpul tu banyak dah terguna beli itu ini. Bila masuk anak ke-2, laaagi lah tak dapat nak menyimpan. At the end, sedar tak sedar dah 10 tahun menyewa!

Ada satu hari tu saya terjumpa sorang kawan sekolah lama. Borak punya borak, rupanya dia sekarang kerja sbgi Property Consultant. Salah satu dari kepakaran dia adalah advice orang macam mana nak beli rumah pertama tanpa deposit.

So dari dia lah saya tau selok belok macam mana nak beli rumah pertama tanpa deposit. Selama ni memang dah set dalam kepala, nak beli rumah memang kena ade 10% deposit. Rupanya tak. Kalau tau, dari dulu lagi dah beli…haha

Kepada korang yang masih menyewa tu, saya nasihatkan better beli rumah cepat-cepat. Kalau nak tunggu deposit cukup, harga rumah dah melambung naik. Tak terkejar nak cukupkan 10%. Better gi carik Property Consultant dan mintak dieorg guide. Tau la dieorg nak buat macam mane nanti!

Tapi kalau takda kenalan macam tu, korang boleh lah komen NAK kat bawah. Nanti sy share dalam PM. Tak sedap pulak rasenya nak share kat sini sebab ni salah satu sumber pendapatan consultant mcm kawan sy tu…hehe

Haaa…Ini baru storytelling. Cerita pengalaman sendiri. Baca pun nampak real je kan.

So macam mana? Boleh dapat bezakan tak?

Actually nak tulis storytelling ni tak lah susah sangat. Cuma anda kena belajar format yang betul dulu supaya flow cerita nampak jelas + mudah difahami dan tak kelaut!

Kalau anda nak belajar detail pasal ilmu Storytelling dan beberapa ilmu marketing advance yang lain, anda boleh belajar dari panduan Database King.

Once anda dpt buat storytelling yang betul, insyaAllah post anda akan lebih mudah viral bila anda dan start promote nanti. Prospek yang baca pun akan lebih mudah percaya dan yakin untuk beli!

5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

Jual Barang Runcit Ke Luar Negara Jana 5-6 Angka Sebulan!