Aku tubuhkan JVWarrior pada tahun 2014…Tapi sale sebenarnya hanya mula masuk pada 2015.

To be honest, 2014 hingga 2017, JVWarrior hanya rugi je…Nak cover kos server, tools dan manpower pun tak cukup sebenarnya…Aku terpakse guna duit hasil bisnes online lain untuk cover kos!

Waktu aku diuji pulak, aku terpaksa pinjam duit orang untuk maintain JVWarrior…😭

Anyway aku teruskan jugak sebab aku memang berhajat sangat nak jadikan JVWarrior ni channel pendapatan utama kepada ramai orang…Aku nampak, ramai orang akan perlukan JVWarrior satu hari nanti.

Disebabkan niat nak bantu orang, banyak benda yang aku bagi PERCUMA…Contohnya aku bagi seller jual ebook percuma tanpa sebarang fee…Sedangkan kos sistem, marketing, pengurusan agen dan sebagainya aku yang tanggung.

Hasilnya, aku dapat banyak produk sampai aku sendiri tak mampu nak masukkan…Dan seller pulak, lepas masukkan, ramai yang lepas tangan tunggu duit masuk…Harap JVWarrior uruskan semuanya sebab memang itu yang dioffer…my bad…😅

Macam tu jugak dengan panduan aku…Beratus orang dpt akses percuma…Tapi yang hargai dan buat betul-betul, setahu aku tak sampai 3 orang…Infact yang bukak pun aku rase dalam 10% je.

AKU MULA “JUAL MAHAL”!

Tahun 2018 aku mula dapat sinar balik dalam bisnes online…Bila dah ade duit, aku mula give up nak tolong orang percuma macam tu je…Maklumlah, waktu susah orang bukan nak tolong kan…Itu normal.

So aku start kenakan bayaran 30% pada seller…Selain tu takde lagi istilah PERCUMA unless kepada yang aku “terpaksa” bagi saje…Itu pun tak ramai…Kurang 5 orang!

Bila dah berbayar semua macam tu, tak sangka pulak sale mula naik…Makin ramai yang berjaya buat duit dan sampai ke hari ni ade yang dah hit komisen 6 angka.

Dari situ aku belajar satu pelajaran…😅

Nak tolong orang tak semestinya kena PERCUMA…Berbayar mungkin lebih bagus…Yang penting ikhlas, insyaAllah ada bahagian di dunia dan akhirat!

Kalau percuma, orang yang ditolong tak serius dan orang yang menolong pun lama-lama give up…Sifir dia macam ni :

PERCUMA —> Tak hargai —> Takde improvement —> negatif

BERBAYAR —> Lebih hargai —> Ade improvement —> positif

Takut-takut dua-dua pihak tak dapat bahagian di dunia dan akhirat…😭

So itulah sebabnya kenapa sekarang aku agak “alergik” dengan percuma ni walaupun mungkin ada yang cakap, “kate nak tolong…ini bukan tolong namanya…Ini nak mencekik!

Aku maafkan je dieorg sebab dieorg belum faham realiti sebenar kalau PERCUMA…😅

Aduh…Nyesal Aku Tak Guna Email Marketing Dari Dulu Lagi!

Aduh…Nyesal Aku Tak Guna Email Marketing Dari Dulu Lagi!

Contoh Ayat Promosi Storytelling

Contoh Ayat Promosi Storytelling

Apa itu pemasaran email?

Apa itu pemasaran email?

Jual Barang Runcit Ke Luar Negara Jana 5-6 Angka Sebulan!