Alhamdulillah, tahun ni genap 14 tahun saya buat bisnes online secara fulltime. Macam-macam bisnes saya dah buat. Ada yang senang, ada yang susah. Ada yang untung dan ada juga yang rugi.
Biasalah adat berniaga. Pasti ada untung ruginya. Tak sama macam makan gaji. Kalau makan gaji, setiap bulan gaji dah tetap. Bisnes pula, kita tak tahu berapa kita boleh dapat hujung bulan.
Anyway insyaAllah ada cara untuk kita “maintain” income bulanan seolah-olah kita “makan gaji”. Macam saya, saya prefer bisnes yang berbentuk recurring income.
Setiap bulan, akan ada income yang masuk. Kita just buat kerja sekali dua, then berterusan dapat income.
Tapi model bisnes macam yang saya buat tak sesuai untuk semua orang. Kena belajar macam-macam. Kena spend duit beli macam-macam dan sebagainya.
Untuk orang lain terutamanya yang baru nak cuba-cuba, saya lebih galakkan buat bisnes yang mudah faham dan mudah nak buat.
Macam ada sorang kawan saya ni, konsep bisnes dia mudah je.
1) Mula-mula dia listing (promote) produk Malaysia di marketplace US pada harga berganda. Contohnya listing Tempe, Maggie, Acuan Kuih dan sebagainya.
Mat Saleh memang sanggup bayar mahal untuk dapatkan produk kita. Kalau nak beli sendiri, kos datang Malaysia ataupun kos pos sendiri jauh lagi mahal.
So jangan terkejut kenapa kita jual harga kapak pun mereka sanggup beli. Macam Tempe Ragi tu, dekat Shopee harga baru RM24.60 je untuk 1.5kg (tengok sini)
2) Bila dapat order, baru dia beli barang tu dekat pasaraya / kedai runcit / Shopee.
3) Then pos pada buyer. Urusan pos diuruskan oleh pihak lain. So kita cuci tangan. Tak perlu packing or pos barang.
Semudah tu je konsep bisnes dia. Alhamdulillah dah dekat 9 tahun dia buat secara fulltime. Setiap bulan boleh maintain 5 angka income bersih.
Konsep bisnes macam ni mudah orang nak faham dan buat. Cuma kena konsisten dan sabar sikit la sebab bisnes ni memang take time.
Once dah dapat rentak, insyaAllah setakat RM5k/month tu boleh je nak dapat even anda buat secara parttime!
Yang fulltime lagi la masyuuukk. Biasanya sekitar belas ke puluh ribu sebulan!
Ibarat kita buka kedai kecil-kecilan. Mula-mula ada 10 barang je. Pelanggan pun cuma sorang dua sehari.
Pastu kita topup tambah barang. Dari 10 barang, jadi 100, 1000 dan sebagainya. Dari kedai runcit jadi supermarket.
Semakin banyak barang yang kita jual, semakin ramai pelanggan yang datang beli.
Macam tu lah konsep dia. Mula kecil, then semakin membesar dan stabil.
Bisnes macam ni yang kita nak. Bukan bisnes yang jenis hit & run yang tak stabil!
Bila stabil, mudah untuk kita resign dari kerja hakiki incase dah boring makan gaji…😅
Macam kawan saya tu, tujuan asal bisnes sebab dia bosan PJJ bertahun-tahun. Tapi bila dah menjadi, bukan setakat dapat duduk bersama je, malahan dapat beli beberapa biji rumah, emas dan pelbagai aset lain lagi.
Itu yang kita nak sebenarnya. Sampai bila nak cukup-cukup makan even dah keluar sebelum matahari terbit dan balik lepas matahari terbenam? Sampai bila nak PJJ? 😅
So kalau anda nak ubah income anda sekarang, saya cadangkan anda belajar macam mana nak buat bisnes macam kawan saya tu.
Anyway kalau anda sekarang memang tengah ikat perut sampai nak makan pun bercatu, saya tak galakkan anda buat bisnes macam tu. Nanti dapat order, takde duit pulak nak beli barang dan bayar kos pos. Untuk permulaan, duit jualan tak dapat on the spot.
So better anda cari kerja-kerja parttime yang boleh dibuat secara online tanpa kos macam buat affiliate, servis copywriting, grafik, model produk, video tiktok, host tiktok dan sebagainya.
Kumpul dulu duit untuk survive. Dah selesa sikit nanti, baru buat bisnes yang stabil macam yang saya share tadi.
Semoga bermanfaat…🤗