Cara Atasi Masalah WordPress Tak Hantar Email

21 Mar 2021 | Tutorial

Pernah tak anda hadapi masalah wordpress tak hantar email notifikasi? Tak kiralah sama ada notifikasi untuk sale, pendaftaran, komen dan sebagainya.

Actually masalah macam tu biasanya disebabkan oleh setting pada server / hosting yang tak dibuat dengan betul. Kadang-kadang, pihak hosting memang block outgoing email atas sebab-sebab tertentu.

Kadang-kadang pulak, email sebenarnya dihantar, tapi masuk spam folder sampai penerima tak perasan sebab jarang check spam folder.

Untuk atasi masalah ni, anda sebenarnya boleh gunakan plugin WP Mail SMTP. Plugin ni ada versi percuma dan jugak berbayar. Versi percuma pun dah ok kalau setakat nak solved masalah email tak dihantar or email masuk spam. Saya pun pakai yang percuma je…🤪

Once dah installed, anda boleh gunakan beberapa servis SMTP terpilih untuk tujuan send outgoing email. Cadangan saya, pakai Sendgrid. Sendgrid ni antara servis SMTP yang terbaik dalam dunia. Jarang masuk spam atau promotion tab.

Banyak website-website besar guna. Lagipun kita boleh hantar 100 email/day secara percuma. Itu pun dah lebih dari cukup untuk permulaan. Then kalau perlukan lebih, boleh upgrade dari masa ke semasa.

Selain Sendgrid, ada banyak lagi servis SMTP lain yang bagus-bagus. Anda boleh google sendiri untuk buat comparison.

Once dah decide nak guna yang mana satu, anda boleh refer cara untuk setup WP Mail SMTP dengan servis SMTP yang anda pilih.

Last sekali jangan lupa test send email untuk make sure semuanya ok.

    Kalau anda boleh terima email test tu, maksudnya email-email notifikasi lain (sale, komen, registration, etc) juga tiada masalah. Tapi kalau tak dapat, kebiasaannya ada silap setting dekat bahagian SMTP. Anda kena double check balik dekat part tu k…👌

      5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

      5 Cara Buat Duit Di Tiktok Tanpa Perlu Ada Produk Sendiri

      Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

      Setakat nak extra income RM5k/month tu insyaAllah boleh je

      Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

      Cara Buat Duit Dengan Pantas Waktu Terdesak!

      Jual Barang Runcit Ke Luar Negara Jana 5-6 Angka Sebulan!