Ramai orang tanya, bagus sangat ke email marketing (pemasaran email) ni? Perlu ke guna kalau dah biasa buat sale guna FB/Insta/Wassup? Soalan macam ni bukan newbie je yang tanya, kadang-kadang yang dah bertahun bisnes online pun tanya juga!
Ok ok…Sebenarnya ada banyak sebab kenapa anda kena gunakan email marketing dalam bisnes anda. Kalau nak di listkan semua, mungkin penerangan dekat post ni akan jadi ebook. So, atas sebab tu, saya akan listkan 5 sebab utama je. InsyaAllah dengan 5 sebab ni je pun dah boleh bagi pencerahan kat anda dan buat anda nyesal nape tak start guna email marketing dari awal-awal lagi… 😅
1) Kurangkan Kos + Tambah Untung
Katakanlah anda sekarang tengah buat bisnes tudung. Sale anda memang dah jalan cantik dah. Setiap bulan sale 4-5 angka dengan guna FB Ads je!
Dipendekkan cerita, bulan Januari 2016, anda ada keluarkan satu design tudung baru iaitu Tudung A. Harga Tudung A = RM150/pcs. Kos bahan RM30/pcs. Disebabkan anda memang power buat marketing guna FB Ads, 1000 pcs terjual dengan kos purata RM10/pcs. So pengiraan dia macam nie ;
- Total sale (Tudung A) = RM150 x 1000 = RM150000
- Kos bahan = RM30 x 1000 = RM30000
- Kos FB Ads = RM10 x 1000 = RM10000
- Untung bersih (anggap tiada kos lain) = RM150k – RM30k – RM10k = RM110k
- Jumlah pelanggan = 1000 orang
Pada bulan Februari 2016, anda keluarkan design baru iaitu Tudung B pula. Alhamdulillah sale juga cantik macam Tudung A. 1000 pcs lagi terjual dan hasil yang sama diperolehi untuk bulan Februari.
- Total sale (Tudung B) = RM150 x 1000 = RM150000
- Kos bahan = RM30 x 1000 = RM30000
- Kos FB Ads = RM10 x 1000 = RM10000
- Untung bersih (anggap tiada kos lain) = RM150k – RM30k – RM10k = RM110k
- Jumlah pelanggan = 1000 orang
Katakan setiap bulan anda keluarkan design baru dan hasil jualan tetap sama, pada penghujung Disember 2016, anda akan dapat :
- Total sale = RM150k x 12 bulan = RM1.8 juta
- Kos bahan = RM30k x 12 bulan = RM360k
- Kos FB Ads = RM10k x 12 bulan = RM120k
- Jumlah pelanggan = 1000 orang x 12 bulan = 12000 orang.
Okey…Itu hasil yang anda bakal dapat JIKA run Fb Ads semata-mata. Sekarang, cuba kita tambah penggunaan email marketing yang BASIC saje selain penggunaan Fb Ads. Basic yang saya maksudkan kat sini adalah, kita hanya gunakan list pembeli SAHAJA untuk email marketing tanpa kumpul prospek yang berpotensi buat pembelian.
Pada bulan Januari, anda tak perlu run email marketing sebab belum ada list pembeli lagi. So anda akan dapat keuntungan yang sama macam contoh kat atas :
- Total sale (Tudung A) = RM150 x 1000 = RM150000
- Kos bahan = RM30 x 1000 = RM30000
- Kos FB Ads = RM10 x 1000 = RM10000
- Untung bersih (anggap tiada kos lain) = RM150k – RM30k – RM10k = RM110k
- Jumlah pelanggan = 1000 orang
Bermula bulan Februari, anda akan run Fb Ads macam biasa, then pada masa yang sama anda akan gunakan email marketing pada 1000 orang client yang anda dapat pada bulan Januari. So sale daripada Fb Ads :
- Total sale Fb Ads (Tudung B) = RM150 x 1000 = RM150000
- Kos bahan = RM30 x 1000 = RM30000
- Kos FB Ads = RM10 x 1000 = RM10000
- Untung bersih Fb Ads (anggap tiada kos lain) = RM150k – RM30k – RM10k = RM110k
Untuk email marketing, katakanlah kita ambil 10% daripada client bulan Januari buat pembelian Tudung B (iaitu 100 orang). 10% ni contoh je. Masih lagi munasabah seorang daripada 10 orang client lama buat pembelian. Saya buat email marketing bisnes tudung untuk client, boleh je nak dapat 10% tu. Kalau strategi bagus + produk bagus + harga bagus, mungkin sale boleh cecah 25% ke atas. Tapi dalam contoh ni kita ambil 10% je untuk senang kira. So sale daripada email marketing :
- Total sale email marketing (Tudung B) = RM150 x 100 orang = RM15000
- Kos bahan = RM30 x 100 orang = RM3000
- Kos email marketing = USD17 (~RM80 – yuran autoresponder)
- Untung bersih email marketing (anggap tiada kos lain) = RM15k – RM3k – RM80 = RM11920
Haaa, tak pasal-pasal dapat untung tambahan hampir RM12k. Dah boleh bayar gaji 7-8 orang staf ni…😅…So income untuk bulan Febuari (Tudung B) meningkat berbanding tak guna email marketing.
➡️ Guna Fb Ads sahaja = RM110000
➡️ Guna Fb Ads + Email Marketing = RM121920
Untuk bulan-bulan berikutnya, for sure jumlah pelanggan makin meningkat…So sale pun akan terus meningkat…Dipendekkan cerita, apa kata korang terus tengok berapa yang korang boleh dapat pada bulan Disember 2016…Korang mulakan dengan jualan daripada FB Ads :
- Total sale (FB Ads) = RM150 x 1000 = RM150000
- Kos bahan = RM30 x 1000 = RM30000
- Kos FB Ads = RM10 x 1000 = RM10000
- Untung bersih (anggap tiada kos lain) = RM150k – RM30k – RM10k = RM110k
- Jumlah pelanggan = 1000 orang
Sekarang kita tengok pulak jualan daripada email marketing. Anggap 10% daripada jumlah subscriber buat pembelian.
- Jumlah pelanggan = 10% x (1000 orang x 11 bulan) =1100 orang
- Total sale (email marketing) = RM150 x 1100 = RM165000
- Kos bahan = RM30 x 1100 = RM33000
- Kos email marketing = USD135 (~RM607.50 – yuran autoresponder)
- Untung bersih (anggap tiada kos lain) = RM165k – RM35k – RM607.50 = RM131392.50
BOOM…Keuntungan guna email marketing dah pun mengatasi jualan menerusi FB Ads… 😊
Dipendekkan cerita lagi, kalau anda hanya guna FB Ads semata-mata, keuntungan tahun 2016 hanyalah RM110k x 12 bulan = RM1.32 juta sahaja
TAPI…
Kalau anda guna FB Ads + Email marketing, keuntungan tahun 2016 akan jadi macam ni :
- Januari = RM110k (tak run email marketing)
- Februari = RM110k + RM11920 = RM121920
- Mac = RM110k + RM23869.50 = RM133869.50
- April = RM110k + RM35797.50 = RM145797.50
- Mei = RM110k + RM47797.50 = RM157797.50
- Jun = RM110k + RM59797.50 = RM169797.5
- Julai = RM110k + RM71685 = RM181685
- Ogos = RM110k + RM83685 = RM193685
- September = RM110k + RM95685 = RM205685
- Oktober = RM110k + RM107685 = RM217685
- November = RM110k + RM119392.50 = RM229392.50
- Disember = RM110k + RM131392.50 = RM241392.50
TOTAL = RM2,108,707
Kesimpulannya, anda akan untung lebih RM788,707 hasil penggunaan email marketing!
Itu baru guna BASIC je. Macam mana kalau anda kumpul list prospek + buat teknik advance email marketing??? InsyaAllah total income boleh dapat lebih RM5 juta…🤗
2) Capaian Pantas
Satu lagi kelebihan email marketing yang tak mampu dilawan oleh FB Ads dan teknik lain adalah kadar kepantasan kita untuk mencapai prospek. Kalau kita run Fb Ads, dalam sejam, berapa ramai yang boleh nampak iklan kita? 5 ribu orang? 10 ribu orang?
Nak dapat seribu orang pun susah kan unless kita bernasib baik. Tapi kalau kita guna email marketing, email yang kita hantar boleh sampai ke 30k – 50k subscriber dalam masa 1 jam. So dengan kepantasan macam tu, banyak benda yang kita boleh buat. Sebagai contoh :
☑️ Buat happly hour sale. Siapa yang beli dalam masa 11 pagi – 12 tgh dapat diskaun 50%. Email kita boleh hantar dalam pukul 9 – 10 pagi.
☑️ Buat pre-launch sale. Siapa yang beli 10 pcs pertama dapat diskaun 70%.
☑️ Buat stock clearance dalam tempoh 2-3 jam.
Saya rasa anda pun dah sedia maklum. Kalau kita buat jualan + unsur “sense of urgency”, insyaAllah sale lagi mudah dan cepat masuk. Memang berbeza hasilnya kalau kita promote macam ni…
Harga tudung ni RM200 je. Tapi saya boleh bagi diskaun 50%.
Harga tudung ni RM200 je. Tapi saya boleh bagi diskaun 50% untuk tempoh satu jam (11 pagi – 12 tgh) saje. Sis kena cepat k. Sistem kami dah di set secara automatik!
Ayat yang ke-2 tu insyaAllah lebih mudah untuk goda prospek buat pembelian berbanding yang pertama. Nak buat macam tu perlukan kepantasan disamping sistem shopping site yang canggih.
Kalau kena gayanya, silap-silap hari bulan, belum sempat buat launching, produk dah licin. Ini yang banyak berlaku pada IM international yang jual pelbagai software pada kuantiti yang terhad untuk harga diskaun. Benda yang sama boleh anda apply untuk bisnes anda sekarang.
Actually ade seorang ex-client saya pun gunakan strategi yang lebih kurang sama. List dia sekarang ada lebih kurang 70k. Mungkin anda kenal kot. Dia dah femes sekarang ni. Artis pun habis dia sapu jadi student dia… 😅
Memang betul pakej mereka sold out dalam tempoh 10 minit. Nie bukan gimik!
Satu lagi contoh yang saya boleh berikan dekat sini adalah katakan kita nak bagitau sesuatu pada 1000 orang yang lalu lalang depan kedai kita…
Dekat kedai saya ada jualan murah
Mana lebih mudah dan praktikal, bagitau seorang demi seorang yang lalu lalang ATAU kita pakai pembesar suara, then jerit kuat-kuat kedai kita tengah buat happy hour sale?
Dah tentu lebih mudah & praktikal guna pembesar suara kan sebab semua orang boleh dengar sekaligus. Macam tu lah jugak dengan bisnes online. Email marketing ni ibarat pembesar suara yang mampu “capai” ramai prospek dalam masa yang singkat! Sekarang ni email semua masuk ke smartphone. So prospek bukak email macam buka SMS/Whatsapp!
Memang bagus kalau korang dapat jual 100 helai tudung dalam masa sebulan (contoh)…Tapi lebih bagus kalau 100 helai tu dapat dijual dalam masa sehari…Sekarang ni semua benda kena pantas…Duit keluar macam air paip…So duit masuk mestilah macam pili bomba…😅
3) Targeted & Automation
Dalam Fb Ads, kita boleh targetkan prospek ikut jantina, umur, interest, location dan sebagainya. Nampak power bukan? Senang nak jual pakaian muslimah. Targetkan je wanita berumur 20-40 tahun, minat page-page tudung lain, minat page-page ustaz/ustazah dan sebagainya.
TAPI…
Dalam email marketing, kita boleh dapat prospek yang jaaaaaauh lebih targeted. Untuk dapatkan prospek yang targeted, kita boleh buat segmentation dan trigger action menerusi newsletter yang kita hantar secara automatik.
Set sekali je, then sistem autoresponder akan terus buat kerja secara auto. Bila kita blast email kepada subscriber, kita akan dapat lihat report-report berikut :
Dengan adanya report tersebut, kita boleh hantar email susulan yang berkaitan secara automatik. Sebagai contoh, katakan subscriber layari page Tudung A beberapa kali, tapi dieorg tak buat pembelian. Kenapa dieorg tak beli? Mungkin sebab harga di luar kemampuan. Mungkin jugak nak tunggu gaji. Atau mungkin masih 50-50 sama ada nak beli Tudung A atau tudung keluaran pesaing lain.
So, dengan adanya email marketing, kita boleh hantar email yang mengandungi diskaun code atau offer lain on the spot atau pada masa-masa yang difikirkan sesuai SECARA AUTOMATIK. InsyaAllah kalau menarik offernya, prospek takkan pikir panjang lagi dan terus grab.
Once prospek dah grab, sistem akan hantar email terima kasih dan selang beberapa hari, sistem akan hantar email untuk tanya pendapat customer tentang Tudung A yang dibeli. Selain tu, sistem jugak boleh hantar email bagi diskaun 20% kalau customer cadangkan Tudung A pada kawan-kawan mereka.
Semua tu ikut kreativiti korang dan ia berlaku secara automatik! Sekali set saje. Jimat masa dan tenaga. Tak perlu terkial-kial nak whatsapp sorang-sorang tanya itu ini. So inilah yang dimaksudkan “targeted” dan “automation”.
Kita boleh buat promosi produk yang betul, pada prospek yang betul, pada masa yang betul, secara automatik!
Ada banyak lagi benda yang kita boleh buat dengan adanya kedua-dua fungsi tu. Kita cuma plan nak buat macam mana, then set dalam autoresponder dan forget. Sistem akan terus menerus bekerja selagimana kita tak stopkan kempen yang berkaitan. Saya tak boleh nak ceritakan detail satu per satu sebab setiap bisnes/produk berbeza die punya sales flow nya. Tapi secara umumnya, macam yang saya terangkan kat atas.
Sebenarnya fungsi “targeted” dan “automation” ni baru aje ada dalam email marketing. Sebelum ni takde. Bila dah ade, saya rasa kerja-kerja saya jimat sekitar 50% – 70%. Kalau dulu agak banyak jugak kerja yang perlu saya buat. Tapi sekarang, bila dah setting, saya boleh fokus pada monitor sale dan beri support pada pelanggan je.
4) Terbukti Berkesan & Relevan
Ramai newbie tanya kat saya, berkesan ke email marketing ni? Relevan lagi ke sebab sekarang ramai dah guna Whatsapp je.
Then saya tanya dieorg semula. Siapa otai-otai bisnes online yang mereka kenal yang dah bisnes lebih daripada 5 tahun? Antara jawapan yang biasa saya dapat :
◼️ Dr Azizan
◼️ Dr Irfan Khairi
◼️ Jamal Sifu Fb Ads
◼️ Faisal Abdullah
◼️ Najib Assadok
◼️ dan ramai lagi
Ok…ok…Sebenarnya nama yang dieorg sebut tu merupakan otai-otai yang biasa buat seminar. So saya tanya mereka semula, otai-otai tu pakai email marketing tak?
Mereka jawab, pakai. Selalu dapat email daripada otai-otai tersebut! So, kalau tak berkesan atau tak relevan, buat apa otai-otai nak pakai email marketing lagi. Betul tak?
Sebenarnya pemasaran email ini lah satu-satunya teknik pemasaran yang paling berkesan dan masih relevan sejak dulu lagi. Yang penting mesti tau cara nak guna!
5) Aset Maya & Backup
List (senarai email) ni sebenarnya adalah “aset maya” untuk bisnes online. Siapa yang tak kumpul list, ibarat dia buat sale kencang setiap hari, tapi tak buat saving. So bila tetiba sale merudum, takde saving untuk survive.
Macam tu lah jugak dalam bisnes online. Fb Ads memang penting untuk tarik prospek baru. Tapi email marketing jugak tak kurang pentingnya sebab ia boleh “simpan” prospek-prospek yang kita dapat guna Fb Ads tu. Bila mereka dah ada dalam “simpanan” kita, kita bolehlah hantar email promosi dari masa ke semasa selagimana mereka tak unsubscribe. So kalau kos Fb Ads naik mendadak atau fanpage kita kena block, kita masih lagi boleh survive.
Kalau tak caya, cuba anda bayangkan. Kalau esok tetiba kerajaan umumkan semua social media di block. Atau esok tetiba fanpage anda kena terminate dan Fb Ads tak boleh run. So, macam mana nak buat sale? Agen atau method offline tak kira lah. Ini kita cerita pasal online je.
Apa yang mungkin boleh di buat cuma post kat wall sendiri, group-group percuma dan guna media social lain. Betul tak?
Tapi…Guna cara-cara biasa macam tu boleh ke nak dapat sale 100 pcs sehari on the spot? Susah kan. Silap-silap hari bulan, takde sale langsung. Kalau kekal macam tu, korang terpaksa start dari bawah semula…anda fanpage dan kumpul fans sikit demi sikit dan bina branding semula. Ibarat newbie yang baru nak bertapak.
Tapi kalau ada 50k list, takde hal lah kalau fanpage kena terminate. Anda boleh buat fanpage baru, then blast email untuk subscriber like. Kalau nak bijak lagi, boleh offer subscriber something yang boleh tarik minat mereka untuk share fanpage baru anda dengan kawan-kawan mereka. Kalau kena caranya, fans yang ada sekarang boleh “di recover” dalam masa beberapa hari je!
So itulah serba sedikit kepentingan email marketing dalam bisnes online sebenarnya. Siapa yang dah guna, dia tahulah. Yang belum guna, mungkin masih belum berapa nampak sangat. Anyway tak rugi kalau beranikan diri untuk cuba. InsyaAllah berbaloi-baloi.
Email marketing ni sebenarnya boleh hasilkan income berganda pada kos yang berganda lebih murah berbanding teknik lain. Kalau anda tengok contoh kat atas, dengan kos autoresponder RM607.50 saje pun dah boleh hasilkan income tambahan sebanyak RM131392.50. Itu baru guna teknik BASIC dan untung tambahan untuk sebulan. Kalau guna secara optimum dan ambil tempoh setahun, dah berapa untung anda? Sebab tu kalau anda dah rasa kehebatannya, anda mungkin akan cakap…
Aduh…Nyesal Aku Tak Guna Email Marketing Dari Dulu Lagi!
Cuma isunya sekarang, tak ramai yang nampak benda ni betul-betul penting sebab belum ada pihak yang betul-betul angkat Email Marketing macam Bro Jamal buat untuk Fb Ads… 😅